Tuesday, March 15, 2011

Suatu Pagi yang Indah!


Pada pagi Sabtu yang lepas, saya dan suami telah berkesempatan untuk menghadiri satu seminar keibubapaan "Ibu Bapa Bijak; Sukses Tanpa Tuisyen". Coach Zaid Mohamad dengan terperinci menerangkan ciri-ciri dan perlaksanaan strategi untuk menjadi ibu bapa bijak dan mencipta sebuah rumahtangga yang indah, bahagia dan berperaturan.
Alhamdulillah, perisian yang amat berguna buat kami berdua, dan saya berharap ianya menjadi hadiah ulangtahun kelahiran buat suami saya Mohd Sharif Han yang paling memberi makna di dalam dirinya.

Saya secara jujurnya, amat menghargai usaha Coach Zaid Mohamad dalam menzahirkan strategi ini di dalam buku beliau dan kini saya dan suami telah pun berpeluang menghadirkan diri untuk mendengar dari mulut beliau sendiri. Saya sangat teruja untuk melihat perubahan demi perubahan di dalam pengurusan rumahtangga saya.

Buat 'Aqil, satu-satunya anak kami [buat masa ini :D] insyaAllah ayah dan umi akan terus memperbaiki diri kami untuk menjadi "your super heroes". Ayah dan umi sentiasa cuba mencari yang terbaik untuk memperbaiki diri kami dan diri 'Aqil demi mencapai maksud gelaran "khalifah".

Sekarang, saya sedang membuat sesi penjanaan idea (brainstorming) untuk segala keperluan,tugasan dan undang-undang di rumah comel kami ini. Semoga ilmu yang kami perolehi dari seminar tersebut membuahkan impak yang besar di dalam hidup kami bertiga.
"Kudos" untuk Coach Zaid Mohamed buat sebuah "hadiah" yang amat bermakna buat keluarga kami. Dan kami sekarang sedang dalam proses menggilap sebutir "permata" yang sirnanya bakal menyinar suatu hari nanti.

Saya berkesempatan membeli sebuah lagi buku tulisan Zaid Mohamad bertajuk "Smart Parents Richer Kids", di mana beliau bergandingan dengan penulis dan jutawan hartanah tersohor tanahair Azizi Ali. Sebuah buku yang hebat! Saya amat teruja dengan apa yang diceritakan dari awal hingga ke akhir buku ini. Pengalaman yang agak sama buat keluarga kami pada permulaan penceritaannya membuatkan saya tak melepaskan mata untuk terus membacanya bab demi bab. Terasa seperti membaca kisah kami, cuma yang membuatkan ia berbeza apabila kami hanyalah mempunyai seorang anak, seorang pengasuh dan seorang pembantu rumah, dan saya mengambil keputusan berhenti kerja di atas sebab yang lain.

Banyak perkara yang saya belajar dari seminar dan buku-buku tulisan Zaid Mohamad. Idea yang praktikal dan yang paling penting ia bukannya sekadar teori semata-mata, tetapi ia adalah sebuah aplikasi yang telah dipraktiskan dan membuahkan hasil yang HEBAT!. Sebuah tips yang mudah tetapi memberi impak yang sangat besar buat diri beliau dan keluarga dan sekarang masanya untuk berkongsi pengalaman dan tips yang telah diaplikasikan dengan semua ibu bapa bijak di luar sana. Paling penting, perlaksanaan tips tersebut tidak memberatkan pemikiran yang ia seharusnya dilaksanakan sesempurna yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang diinginkan. Kita semua manusia biasa, selagi kita mencuba untuk melakukan sesuatu perkara dengan "istiqamah" insyaAllah sempurna itu akan hadir apabila kita benar-benar menguasai setiap perkara yang dilakukan dengan penuh penjiwaan.





Ada banyak lagi yang ingin saya kongsikan, tetapi noktahnya terpaksa berakhir di sini dahulu.

Terima kasih untuk Zaid Mohamad dan Rose untuk Suatu Pagi yang Indah!

Terima kasih buat suami Mohd Sharif Han kerana sudi meluangkan masa dan menerima hadiah ulangtahun kelahiran yang ke-35 dengan hati yang penuh kasih dan sayang. Wallahu'alam.

"Smart Parents Brighter Kids" & "Smart Parents Richer Kids"
The Secrets of Happy Family & Brighter Kids are now revealed!


Zuraida Mohamed Noordin

P/S : Untuk sesiapa yang mahu menyertai seminar ini sila daftarkan diri anda segera bagi dua sesi hebat di bawah:

SEMINAR @ SHAH ALAM

  • Tarikh: 9 April, 2011 (Sabtu)
  • Module 1: 9.00 pagi - 1 petang (Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat)
  • Module 2: 2.00 - 6 petang (Ibu Bapa Bijak, Anak Berharta)
  • Tempat: Intekma Resort, SHAH ALAM.
  • Puan Uzaimah (019-761-5685)

Yuran Untuk 1 Module: RM149 seorang atau RM224 Sepasang (Jimat 50%!)

Yuran Untuk 2 Module: RM199 seorang atau RM299 Sepasang (Jimat 50%!)

PAKEJ TERMASUK:

  • Tea & Makan T/hari

  • e-Manual "Sukses Tanpa Tuisyen" PERCUMA (bernilai RM120)

  • e-Book "Rahsia Kejayaan di SBP" PERCUMA (bernilai RM39)


SEMINAR @ MIRI

  • Tarikh: 30 April, 2011 (Sabtu)
  • Masa: 9.00 pagi - 1 petang (Ibu Bapa Bijak, Anak Hebat)
  • Tempat: Perpustakaan MIRI
  • Puan Maizatul Azni (012-220-5707)
Yuran: RM199 seorang atau RM348 Sepasang (Jimat 25%!)

PAKEJ TERMASUK:
  • Tea & Makan T/hari

  • e-Manual "Sukses Tanpa Tuisyen" PERCUMA (bernilai RM120)

  • e-Book "Rahsia Kejayaan di SBP" PERCUMA (bernilai RM39)

atau layari www.SmartParents.com.my untuk maklumat lanjut.