Ringkasan eNet, fungsi dan proses yang terlibat.
E-Net  merupakan sebuah laman dimana ahli yang mendaftar sebagai ahli,  usahawan atau rakan usahawan akan mendapat sebuah akses masuk ke eNet  Stormreaders. Ianya disediakan untuk kemudahan anda menguruskan  perniagaan anda melalui online. Semua teknologi ini desediakan bagi  memudahkan anda menjalankan perniagaan dengan lebih efektif dan  berkesan.  
 
Apa yang perlu anda lakukan adalah mendapatkan  pin sementara. Sebaik sahaja anda mendaftar diri dengan Stormreaders  melalui mana-mana Usahawan Stormreaders, anda akan diberi pin sementara  untuk akses masuk ke e-Net anda. Anda boleh log-in melalui laman web  www.stormreaders.com.  
 
Selepas itu anda dikehendaki  menukar kata laluan. Kata laluan baru hendaklah diingati oleh anda  dtetapi tidak mendedahkanya kepada sesiapa. Di e-Net, pelbagai kemudahan  disediakan antaranya mempebaharui profil, melihat mata keuntungan,  melihat pelanggan e-Store, menghantar masej, muat turun file dan  pelbagai lagi. 
 
Berniaga secara online memerlukan alat  komunikasi pengantara untuk memudahkan urusan komunikasi. Sebagai  inisiatifnya, anda diwajibkan untuk memiliki sebuah alamat e-mel sendiri  dan perlu dimaklumkan kepada pihak Stormreaders. Segala perkara yang  memerlukan dokumenntasi akan dihantar ke e-mel anda. Ia bukan sahaja  dapat menjimatkan kos, malahan dapat mempercepatkan lagi masa anda.  
        Ringkasan e-Store, fungsi dan proses yang terlibat  
- Kedai  buku di Internet milik anda. 
 
Anda  akan menjadi tuan kedai buku maya dimana anda boleh mempromosi kedai  anda dan anda akan mandapatkeuntungan hasil dari pembelian melalui kedai  anda. 
- Anda tidak perlu penyimpan dan  pengepos buku kepada pelanggan 
 
Kami  akan menyediakan semua barang untuk dijual dan kami juga akan  menyediakan proses penghantaran. Anda tidak perlu menyimpan stok produk  di rumah anda. Anda juga tidak perlu risau untuk memikirkan cara  penghantaran ke pelanggan. Malah setiap pelembelian dari pelanggan anda  akan mendapat keuntungan seperti kedai buku sebenar. 
- Anda  boleh memilih design kedai anda 
 
Anda  boleh memilih jenis design untuk kedai anda mengikut citarasa anda.  Stormreaders menyediakan pelbagai jenis deisgn untuk anda pilih. 
- Keselamatan  e-Store terjamin dan sentiasa dipantau 
 
Laman  web e-Store anda terjamin keselamatannya untuk sebarang transaksi  pembayaran dan sentiasa dipantau oleh badan-badan keselamatan internet. 
- Anda  boleh memantau aktiviti penjualan e-Store anda
 
Anda  boleh memantau segala aktiviti yang berlaku di kedai e-Store anda. Anda  akan diberi satu akses ke laman untuk memantau semua aktiviti e-Store  anda.  
- Anda boleh mendapatkan lebih  banyak lagi keuntungan 
 
Anda layak  untuk mendapatkan lagi pelbagai jenis keuntungan yang lain apabila anda  menjadi rakan usahawan Stormreaders. Anda bukan sahaja mengumpul  keuntungan hasil penjualan buku di kedai e-Store anda, malah anda akan  mengumpul keuntungan hasil dari penyertaan rakan usahawan dibawah tajaan  anda. Dan terdapat pelbagai lagi jenis keuntungan yang akan  dibincangkan selepas ini. 
