Friday, June 10, 2011

Dahsyatnya Doa Ibu !


Boleh beli secara online di sini
http://www.stormreaders.net/nProductCode=PTSB1052/didadean


Sebuah Buku yang membuatkan bulu roma saya menegak!

Ya Allah, bermula titik ini saya selaku Ummi kepada Muhammad 'Aqil Hail kena berhati-hati melafazkan apa sahaja baik nasihat,teguran, lafaz emosi serta gurauan agar ia tidak menjadi doa yang tidak baik buat anak kesayangan saya ini.

Bab demi bab saya selusuri buku ini, seketika jantung saya seakan berhenti berdegup...Astaghfirullahaladzim... suspen kan?

Amat banyak ilmu ke"UMMI"an terkandung di dalam buku ini. Tidak ternilai dengan harga yang murah bagi saya RM14.90. Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayang serta mengampun dosa-dosa sang penulis kerana kebaikan yang telah beliau curahkan di dalam membukukan ilmu-ilmu ini buat kita para ummi.

Anda ! Dapatkan buku ini buat semua sebagai panduan, hadiahkan buat rakan yang baru menjadi ibu, manfaatnya, jika ilmu yang diperolehi dipraktiskan, hasanahnya... termasuk di dalam ilmu-ilmu yang bermanafaat, dan ia adalah antara bekalan untuk kita bawa pulang menuju Allah Taala.

Nantikan soalan kuiz bagi "review" buku ini dari saya. Pemenangnya akan membawa pulang buku ini.


Zuraida Mohamed Noordin

No comments:

Post a Comment